Thursday, August 29, 2013

Impian Kami




Tentang yang ditulis kali ini sudah lama tersimpan dalam minda. Bak barang-barang yang disimpan kemas dalam kotak-kotak oleh isteri kesayanganku, Sinar, dalam store rumah.. Hehe, jangan marah aaaa Sayang!

Proses perjalanan waktu membawa manusia dimuka bumi ini pada pelbagai perubahan. Ketika seseorang masih kanak-kanak kecil, membesar menjadi teruna dara, dan hinggalah ke tua. Semasa mudanya terpampang pilihan-pilihan dihadapannya. Ia nak jadi apa kelak. Pasti senyum merekah dibibir bila ditanya, sambil bersemangat menyatakan apa yang dicita-citakan. Berbinar wajah. Apalagi kalau yang diceritakan mendapat sokongan dari si-pendengar. Akan terlihat satu keceriaan, dengan penuh keyakinan ia pasti yang impiannya itu akan terwujud.

Itu cerita masa muda. Bagaimana dengan yang tua? Saya rujuk perkataan 'tua' sebagai berumur 40 tahun keatas.

Apakah bila menjangkau umur tua, kita dikira sudah terlambat untuk berimpian? Jika ada yang berpandangan begini, ianya adalah kurang tepat. Manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang berakal. Dengan akalnya itu, ia mampu memanfaatkan dan mengolah segala sesuatu yang telah dibentangkan oleh Allah di alam semesta yang sebegini luas. Cuma terpulang kepada kita untuk mempergunakannya dengan baik atau tidak. Dan seperti yang Sinarku pernah kata dalam blognya yang lepas, setiap pilihan pasti ada consequences (natijah) yang tercetus dari pilihan itu sendiri.




Alhamdulillah. Dengan kehebatan Allah Ta'ala yang Maha Bijaksana, Dia memberi kami 'akal, minda dan hati yang sehat, agar aku dan Sinar terus bersemangat menggapai impian kami, dan ini adalah impian bersama kami berdua dan juga anak-anak tercinta.


Ya Allah, kami pohonkan MaghfirahMu, Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa kami.
Tunaikanlah segala hajat-hajat kami, dan kami pohonkan bantuanMu, 
mudahkanlah segala urusan bagi kami agar tertunainya segala hajat-hajat kami itu. 


Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.


Selamat Menjalani 'Ibadah Puasa!


~  Cahaya

Friday, August 23, 2013

Sunyi Bila You Tiada



Biasalah… memang sunyi kalau orang yang kita paling sayangi tidak ada disisi. Jauh dimata. Kata orang, jauh dimata dekat dihati.

Bagaimana ‘sakit’ pun berjauhan, masih perlu berminda positif. Segala yang berlaku dalam yang dinamakan kehidupan adalah ketentuanNya. Selagi kita masih bernyawa, selagi itu kita harus akur dengan apa yang telah dilakarkan. Dalam masa yang sama, kita perlu sentiasa berusaha, berusaha untuk menjadi lebih baik. Lebih baik dari perjalanan-perjalanan semalam, lebih baik dari sebelumnya. Bagaimana caranya? Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Dan semuanya itu adalah pilihan kita, our choices.

Perlu diingat, setiap pilihan ada natijahnya, atau ‘consequences’. Kita harus akur dengan natijah yang terhasil daripada pilihan kita sendiri. Elok pilihan kita, maka eloklah natijah yang bakal diterima dan begitulah sebaliknya.

Zaaasspp!!  Sekarang scene bertukar, hehe… Jom bicara tentang menu masakan. Pilihan menuku hari ini cukup simple. Sibungsuku, Fatima berkata “mummy, lama sudah inda makan kurma telur… Tesliur Timah ehhh…”.

Kurma telur… Hmmmm, memang mudah tapi sedap. Saya pun terus ke ‘khazanah’ rempahku di dapur, untuk melihat kalau-kalau rempah kurma masih ada. Ternyata my baby takkan hampa!

Dan hasilnya …. Walaaa!


 Kurma Telur


 



4 biji telur yang direbus keras - Kupas kulitnya dan ketepikan

Bahan tumis:
Campuran tumis 5 sekawan (Bawang besar, bawang merah, bawang putih, serai dan halia - semua dikisar halus)*
Serbuk kurma*
Sedikit air*

* Campur untuk dijadikan kurma paste.

Rempah tumis 3 sekawan (Kayu manis, bunga lawang dan pelaga)
Santan
Daun ketumbar
Garam dan perasa secukupnya
Minyak untuk menumis

Hiasan:
Carrot yang dipotong-potong
Kentang


Caranya - Tumis pes tumisan dalam minyak yang panas, kacau hingga naik wangi. Masukkan rempah 2 sekawan. Masukkan santan, separuh dari daun ketumbar, kentang, carrot, garam dan perasa. Jika terlalu pekat, tambahkan air. Biarkan mendidih sambil dikacau-kacau. Masukkan telur dan lebihan daun ketumbar. Biar sebentar dan angkat. Hidang bersama nasi.

~ Sinar