Friday, January 23, 2009

Gugurnya Para Syuhada



Allah SWT berfirman dalam Syrah Yunus, ayat 61 yang kira-kira bermaksud:
"Dalam keadaan apapun kamu berada, dan (ayat) apapun dari Al-Qur’an yang kamu baca, serta pekerjaan apa saja yang kamu kerjakan, tidak lain kami adalah menjadi saksi atasmu diwaktu kamu melakukannya".

Some of you may have read this from my old blog, but this is one of my favourite past collections. Hope you enjoy it.

Kisah Uhud merakamkan gugurnya Sayyidusy Syuhada’ dalam sebuah peperangan termasyhur. Salah seorang daripadanya adalah bapa saudara Nabi Junjungan kita Muhammad s.a.w iaitu Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib r.a. yang digelar ‘Singa Allah’. Peperangan Uhud terjadi pada bulan Syawwal tahun ke-3 Hijrah. Ia berlaku di lembah lereng bukit Uhud yang berhampiran dengan Kota Madinah. Disinilah berlakunya pertumpahan darah 70 orang para Syuhada’. Setiap tahun Rasulullah menziarahi Qubur para Syuhada’ Uhud untuk mendoakan mereka, dan apabila berada disana, akan kedengaranlah suara baginda memberi salam, yang kira-kira bermaksud:

Salam sejahtera keatas kamu, diatas kesabaran kamu (dalam menegakkan Islam), maka sebaik-baik balasanlah yang akan kamu terima.”

Semasa peperangan tersebut, Mush’ab bin Umair adalah pemegang bendera tentera, seorang remaja Quraish yang merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam peristiwa Uhud, kekalahan adalah dipihak tentera Rasulullah s.a.w. Disini Allah Subhanahu Wata’ala menganugerahkan pahala kesabaran keatas Rasulullah s.a.w dan para Syuhada’ yang lain kerana menghadapi ujian kekalahan. Diantara para sahabat yang gugur syahid adalah Saiyidina Handhzalah bin Abu Amir r.a, Saiyidina Anas bin an-Nadhr r.a, Saiyidina Abu Dujanah r.a, Saiyidina Amr bin al-Jamuh r.a dan seorang serikandi Islam yang berani, Saiyidatina Nusaibah binti Ka’ab r.a. Diriwayatkan Saiyidina Handhzalah r.a baru sahaja berkahwin pada ketika itu. Para malaikat telah turun untuk memandikan jenazahnya yang Syahid. Masya Allah.

Terharu rasanya tatkala menziarahi qubur para Syuhada’ Uhud pada masa itu, dalam mengenangkan peristiwa yang terpahat dalam sejarah Islam. Terdapat do’a tertentu bila kita menziarahi Qubur para Syuhada’ Uhud. Terdapat notice mengenai adab menziarahi Syuhada’ Uhud ini.





Suatu waktu dulu, Rasulullah melarang umatnya menziarahi qubur, dan kemudian membenarkannya kerana ia memperingatkan kita kepada ‘alam barzakh. Kita dilarang memohon pertolongan daripada orang-orang yang telah meninggal dunia, pendek kata kepada roh-roh, untuk menyelesaikan masalah atau membasmi kedukaan. Allah Subhanahu Wata’ala telah berfirman bahawa jika kita mempunyai hajat, mintalah pertolongan dariNya, nescaya akan ditunaikanNya.