Hey! Assalamu'alaikum. Yeah I know, it has been a very long time, since I last blogged. Well, I'm here now!
Waking up early in the morning is always a very nice experience. I pernah terdengar ceramah YB Pehin Mufti di dalam radio. YB stated – Selepas kita selesai menunaikan Solat Suboh, kita janganlah tidor. Kerana setelah selesai Suboh, Allah Ta’ala akan membahagi-bahagikan REZEKI kepada hamba-hambaNya di muka bumi. Masya Allah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Pemurah.
And I remember, my Cahaya pernah bercerita, sinaran MATAHARI pada ketika Solat Dhuha pada waktu pagi itu, adalah sangat lain pancaran cahayanya, sebab Solat Dhuha adalah istimewa untuk kita sebagai hamba-hambaNya berhajat memohon rezeki. Waktunya adalah pada waktu pagi, apabila matahari naik ke langit 7 hasta, about 7:00am. And if you read dan menghayati do’a setelah Solat Dhuha, it is all about REZEKI. Kalau rezeki itu masih berada di langit, kita memohon agar ia diturunkan kepada kita, jika ia masih berada di dalam bumi, kita pohonkan agar ia dikeluarkan kepada kita ... – Kita tidak ada daya, melainkan dengan pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala. Kita tidak ada kekuatan dan tidak berhak untuk menyegerakan apa yang dilambatkan oleh Allah, dan melambatkan apa yang disegerakan olehNya.
Do’a Solat Dhuha :
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, dan perlindungan itu, perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi , keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang shaleh".
Terima kasih ya Allah, diatas segala pemberianMu....