Hujan turun lagi membasahi bumi yang permai,
menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak. Besok, maka datanglah 1 Ramadhan 1434.
Syukur
Alhamdulillah Ya Allah, kerana kita dipertemukan sekali lagi dibulanMu yang
suci, yang penuh dengan keindahan dan barakah. Semoga kita semua sama-sama
dapat menjalankan ‘ibadah puasa dengan baik, sempurna dan penuh keimanan, dan
semoga sentiasa dirahmati dan berada didalam perlindungan Allah SWT, Aamiin Ya
Rabbal ‘alamiin.
Bila bercakap tentang bulan puasa, kebiasaannya
yang paling sebok dalam rumah adalah sudah tentunya di bahagian dapur - bagi
penyediaan iftar. Siapa lagi menguasai dapur kalau bukan kita, para
isteri-isteri dan ibu-ibu?
Bagi saya yang suka memasak, resipi-resipi
tradisional akan secara automatis tercetus diminda. Apapun, prinsip yang utama
- Berbelanja dan memasak biar berhemah, jangan membazir ;-)
Anyway, petang semalam adalah
penting buat semua umat Islam baik di
sini maupun di Malaysia, waktu tengok anak bulan. Untuk makan malamnya saya
masak special untuk anak-anak ~ Udang
Galah Masak Lemak.
Hidang dengan Sambal Tumis Sardin... Oooohh sungguh menyelerakan. Senang saja resipinya:
Udang Galah Masak Lemak
5 ekor udang galah (Dibersihkan, cuci dan
toskan)
Sebiji buah tomato (Dibelah 4)
Cili padi hijau (Bagi yang suka pedas, ditumbuk
kasar)
Kacang panjang (Pakai 1 sahaja untuk hiasan -
Dipotong panjang-panjang)
Santan pekat (Saya gunakan santan chaokoh dari
Thailand - dalam setengah cawan)
Bahan kisar:
1 labu bawang merah besar
3 biji bawang putih
3 tangkai cili kering
1/2 inci halia
Serai (sama ada hendak diricik sahaja atau
diblender sekali)
Garam dan perasa secukupnya
Caranya - Tumis bahan-bahan kisar dalam minyak yang panas
hingga naik bau. Masukkan udang galah
dan gaul hingga separuh masak. Masukkan santan pekat dan campurkan sedikit air.
Bubuh cili api. Biarkan sebentar hingga udang masak. Masukkan buah tomato dan
kacang panjang. Sajikan bersama nasi.
Nota:
Lebih sedap jika dibubuh daun limau purut dalam 3 - 4 helai. Tapi
semalam saya kehabisan daun ini, so saya tak masukkan. Saya gunakan kacang buncis instead, atau akacang panjang pun boleh.
Anak-anak (Maya dan Fatimah) makan dengan enaknya. Esok-esok, resipi lainlah lagi…
Yang menggembirakan lagi, Cahayaku akan pulang
esok! Best bila Ayah dapat pulang untuk meraikan Ramadhan yang mulia, dan
seterusnya mengambil anak-anak untuk berangkat pulang to our KL home… Untuk
Syawal tahun ini, semua dah sepakat akan berhari raya di Kedah, di kampung halaman
Ayah.. Cool, sudah tentu seronok!
Ahlan
wasahlan ya Ramadhan al-Mubarak … Dan Selamat Pulang, wahai suamiku yang
tercinta ;-)
~ Sinar