Tentang yang
ditulis kali ini sudah lama tersimpan dalam minda. Bak barang-barang yang
disimpan kemas dalam kotak-kotak oleh isteri kesayanganku, Sinar, dalam store rumah.. Hehe, jangan marah aaaa
Sayang!
Proses perjalanan waktu membawa manusia dimuka bumi ini pada pelbagai
perubahan. Ketika seseorang masih kanak-kanak kecil, membesar menjadi teruna
dara, dan hinggalah ke tua. Semasa mudanya terpampang pilihan-pilihan
dihadapannya. Ia nak jadi apa kelak. Pasti senyum merekah dibibir bila ditanya,
sambil bersemangat menyatakan apa yang dicita-citakan. Berbinar wajah. Apalagi
kalau yang diceritakan mendapat sokongan dari si-pendengar. Akan terlihat satu
keceriaan, dengan penuh keyakinan ia pasti yang impiannya itu akan terwujud.
Itu cerita masa muda. Bagaimana dengan yang tua? Saya rujuk perkataan
'tua' sebagai berumur 40 tahun keatas.
Apakah bila menjangkau umur tua, kita dikira sudah terlambat untuk
berimpian? Jika ada yang berpandangan begini, ianya adalah kurang
tepat. Manusia diciptakan oleh Allah SWT sebagai makhluk yang berakal.
Dengan akalnya itu, ia mampu memanfaatkan dan mengolah segala sesuatu yang
telah dibentangkan oleh Allah di alam semesta yang sebegini luas.
Cuma terpulang kepada kita untuk mempergunakannya dengan baik atau tidak. Dan
seperti yang Sinarku pernah kata dalam blognya yang lepas, setiap pilihan pasti
ada consequences (natijah) yang tercetus dari pilihan itu sendiri.
Alhamdulillah. Dengan kehebatan Allah Ta'ala yang Maha Bijaksana, Dia
memberi kami 'akal, minda dan hati yang sehat, agar aku dan Sinar terus
bersemangat menggapai impian kami, dan ini adalah impian bersama kami berdua
dan juga anak-anak tercinta.
Ya Allah, kami pohonkan MaghfirahMu, Engkau ampunkanlah segala dosa-dosa
kami.
Tunaikanlah segala hajat-hajat kami, dan kami pohonkan bantuanMu,
mudahkanlah segala urusan bagi kami agar tertunainya segala hajat-hajat
kami itu.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.
~ Cahaya