Saturday, August 22, 2009

Marhabban Ya Ramadhan.....

Bulan Ramadhan sudah tiba. Bulan yang mempunyai banyak keistimewaan, selepas dua bulan sebelumnya yang juga tidak kurang fadhilatnya iaitu Rejab dan Sya'ban. Dibulan Ramadhan, dibuka semua pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka. Diikat segala syaitan.
Semua ini menggambarkan bagaimana Allah Maha Esa sangat mengasihani dan menyayangi hamba-hambaNya yang ta’at beribadat dan menunaikan segala perintahNya.


Selamat Menunaikan 'ibadah Puasa to all of you, dan semoga Allah Ta'ala sentiasa memberkati dan merahmati kita semua dengan limpah kasih sayangNya. Aamiin.

Thursday, August 20, 2009

Rezeki Allah


Allah Ta'ala berfirman dalam Surah Al-Fatir, ayat 3 : "Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Dia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?".
Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya, lagi Maha ‘Adil. Semua habuan yang kita dapat di dunia yang fana’ ini, yang diberikan oleh Allah adalah ujian kepada kita. Sama ada habuan itu berunsur positif atau sebaliknya. Semasa kita senang, jangan sekali lupa kepada Allah Yang Esa, supaya Dia bersama kita dikala kita susah.

Aku ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala di atas rezeki yang dilimpahkanNya kepada ku, suamiku dan semua anak-anakku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya kurniaan Allah Maha Besar itu amat bermakna dan berharga kepada kami sekeluarga yang bernama hamba.

Mungkin kini tiba masanya untuk aku dan keluargaku berbakti kepada bumiMu. Jika ini ketentuannya, Insya Allah, akan kami sahut.......