Wednesday, July 10, 2013

Hujan Rahmat, Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan…


Hujan turun lagi membasahi bumi yang permai, menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak. Besok, maka datanglah 1 Ramadhan 1434

Syukur Alhamdulillah Ya Allah, kerana kita dipertemukan sekali lagi dibulanMu yang suci, yang penuh dengan keindahan dan barakah. Semoga kita semua sama-sama dapat menjalankan ‘ibadah puasa dengan baik, sempurna dan penuh keimanan, dan semoga sentiasa dirahmati dan berada didalam perlindungan Allah SWT, Aamiin Ya Rabbal ‘alamiin.

Bila bercakap tentang bulan puasa, kebiasaannya yang paling sebok dalam rumah adalah sudah tentunya di bahagian dapur - bagi penyediaan iftar. Siapa lagi menguasai dapur kalau bukan kita, para isteri-isteri dan ibu-ibu?

Bagi saya yang suka memasak, resipi-resipi tradisional akan secara automatis tercetus diminda. Apapun, prinsip yang utama - Berbelanja dan memasak biar berhemah, jangan membazir ;-)

Anyway, petang semalam adalah penting buat semua umat Islam baik di  sini maupun di Malaysia, waktu tengok anak bulan. Untuk makan malamnya saya masak special untuk anak-anak ~ Udang Galah Masak Lemak.






Hidang dengan Sambal Tumis Sardin... Oooohh sungguh menyelerakan. Senang saja resipinya:


Udang Galah Masak Lemak

5 ekor udang galah (Dibersihkan, cuci dan toskan)
Sebiji buah tomato (Dibelah 4)
Cili padi hijau (Bagi yang suka pedas, ditumbuk kasar)
Kacang panjang (Pakai 1 sahaja untuk hiasan - Dipotong panjang-panjang)
Santan pekat (Saya gunakan santan chaokoh dari Thailand - dalam setengah cawan)


Bahan kisar:
1 labu bawang merah besar
3 biji bawang putih
3 tangkai cili kering
1/2 inci halia
Serai (sama ada hendak diricik sahaja atau diblender sekali)

Garam dan perasa secukupnya 

Caranya - Tumis bahan-bahan kisar dalam minyak yang panas hingga naik bau.  Masukkan udang galah dan gaul hingga separuh masak. Masukkan santan pekat dan campurkan sedikit air. Bubuh cili api. Biarkan sebentar hingga udang masak. Masukkan buah tomato dan kacang panjang. Sajikan bersama nasi.

Nota:  Lebih sedap jika dibubuh daun limau purut dalam 3 - 4 helai. Tapi semalam saya kehabisan daun ini, so saya tak masukkan. Saya gunakan kacang buncis instead, atau akacang panjang pun boleh.


Anak-anak (Maya dan Fatimah) makan dengan enaknya. Esok-esok, resipi lainlah lagi…

Yang menggembirakan lagi, Cahayaku akan pulang esok! Best bila Ayah dapat pulang untuk meraikan Ramadhan yang mulia, dan seterusnya mengambil anak-anak untuk berangkat pulang to our KL home… Untuk Syawal tahun ini, semua dah sepakat akan berhari raya di Kedah, di kampung halaman Ayah.. Cool, sudah tentu seronok!


Ahlan wasahlan ya Ramadhan al-Mubarak … Dan Selamat Pulang, wahai suamiku yang tercinta ;-) 

~ Sinar

Tuesday, July 2, 2013

Positif, Positive, +ve …


Tanya diri anda, berapa tahun sudah bekerja? 3 tahun? 5, 10, 20…? Jika you seorang BOS, pernah ke tidak you ucapkan terima kasih pada orang bawahan? Pernah ke tidak you mendoakan mereka?

Dan jika you orang bawahan, atau seorang pegawai sekalipun yang mempunyai bos, pernah ke you mendoakan your bos? Apa yang you doakan dia? Kalau dia memperolehi kejayaan, mendapat kenaikan lebih baik dari sebelumnya, adakah you akan ucapkan tahniah kepadanya? Pernah berdoa untuk bos supaya Allah berikan dia hidayah, supaya you mudah bekerja dengan dia? Kalau semua jawapannya ‘tidak’… fikir-fikirkanlah.. ;-)  

Sama ada you seorang bos atau pekerja bawahan, pernah membuat refleksi atau reflection, gostan balik ke belakang untuk melihat apa  dan bagaimana sumbangan you selama ini? Adakah you seorang pekerja yang berkualiti? Ataukah you yang sebaliknya?

Whoohhh!! Banyaknya ‘you’… Baru I sedar, you….

Apapun, bekerjalah dengan baik, dan selalu ingat, jika kita bekerja dengan baik dan ikhlas, itu bermakna kita seorang pekerja yang baik. Baik merangkum kerja yang berkualiti. Jika kita seorang yang berkualiti, sudah tentu semua orang akan suka kepada kita. Tapi jika sebaliknya, kita hanya akan menyusahkan ramai orang. Peghabihkan beghaih je… haaaa!

Selamat Menjalankan Tugas! Cheers!

Dan untuk segmen RESIPI hari ini… Jom makan Mee Mamak..!




Saya dapat resipinya dari internet. Google saja, pasti ada! Nyaman eh...

Wassalam

~ Sinar