Wednesday, January 21, 2009

Anganku



America’s new President, Barack Obama has his “To-do-list” within 100 days. Whoa, it’s not easy to become a President or a Prime Minister, barangkali lah ya.... I wonder hehe, jom kitani berangan sekejap...(bukannya salah kan, berangan yang baik....) – macamana kah if I am a President? (hihi...) Well, my priority list would include membantu dan memastikan keamanan dunia demi untuk kesejahteraan ummah, membasmi kemiskinan dengan membantu orang-orang miskin dan membawa orang ke jalan Allah. Wossehh...bosar angan-angannya tu...

Talking about peace, seluruh umat Islam di dunia ini meratapi apa yang berlaku di bumi Palestin dan mendoakan agar mereka dilindungi Allah SWT, mendapat rahmat, berjaya memperolehi semula tanah air mereka tercinta dan aman sejahtera. Kepada para mujahidin yang telah pergi dan gugur dalam berjihad mempertahankan bumi Palestin dan memperjuangkan agama, bangsa dan hak mereka, didoakan semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dan diangkat kedudukan syahid mereka disisi Allah SWT, amiin, amiin, amiin.


A view of Palestine before the recent war






Masjid Al-Aqsa and Dome of The Rock



Allah Ta’ala berfirman dalam Surah Al-Haj, ayat 39 : 40, yang kira-kira bermaksud:

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan). Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana berkata: Tuhan Kami adalah Allah”.