Sunday, June 30, 2013

My Quotes for the Day ...


Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead.
~ Oscar Wilde


Ya, absolutely… Love - Love towards your dear husband, wife, children, parents, brothers and sisters… And also love towards others - your bestfriends, working colleagues, bosses (whoooppsieee..;-)

But love towards your spouse is totally an exceptional, remarkable love. Mana boleh disamakan dengan sayang pada orang lain...


A flower cannot blossom without sunshine, and man cannot live without love.
~ Max Muller



Haaa… Baca tu! Dan MAN tidak semestinya lelaki sahaja yowww…


Drawing hasil kerja tangan kaka.... We are proud of you, sweetie!

You have a good one there!

~  Sinar

Friday, March 1, 2013

All the Best, Kaka ...


Our dear Kaka has left for Melbourne, to pursue her study. Sedih mummy dan ayah. Adik-adik pun sedih; and poor Taqyah, mengalirlah airmata sederas-derasnya.

Gathering with sisters and cousins on the night before


At the airport

The sad moments

 

 






It won't be long. Kaka will be back by November this year, inn syaa Allah.


Ya Allah, Engkau peliharalah anakku Ummi 'Aisyah daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Bukakanlah untuknya pintu kejayaan dan segala pintu-pintu kebaikan, 
dan berikanlah dia perlindungan dan kasih sayangMu. 
Semoga tertunai segala hajat-hajatnya, dan Engkau mudahkanlah segala urusan baginya. 
Aamin Ya Rabb.


We are going to miss you, Kokomi. Take care, love you always dear.


~ Mummy Sinar

Tuesday, January 1, 2013

10, 11, 12 .... Happy New Year 2013


Bye, bye 2012, and Welcome 2013!




Our family has always been lucky for being able to spend our New Years in our Cahaya's home, KL. This time we celebrated it in Genting Highlands with our family friends - The Pak Awang and Khir families. 

It was a great new year gathering. These pictures will tell the story...


Posing on the way up


Our baby Fatima and her buddies

On a fun boat ride






Quite cold up there!

Our kids had fun, despite the freezing cold weather. Amazing!

Happy New Year everyone! Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT, diberi kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat, aamiin Ya Allah.

Selamat Tahun Baru Nenek Girl and Nenek Boy in Brunei. We miss you too.


~  Sinar

Thursday, December 27, 2012

The Beautiful Malacca


Our trip to Malacca was fun. We never get bored of this historical place. This time we went with our lovely friends, the Pak Awang and Khir families. Spent great time at the whole town and A'famosa Resort.


  




 


Tak realise, rupanya we didn't snap that much there!


~  Sinar

Tuesday, December 25, 2012

Beautiful Istana


Our holiday journey continues. We spent the whole day in Seremban yesterday. With joy, our friend Khir and Sufina took us to the Istana Seri Menanti, Seremban's historical landmark.






A timber palace, constructed in the early 1900, which has been turned into a Royal Museum. I was told that the palace floors were amazingly built without using any nails.












These are the 'kaki skodengs' ... hehe





Our trip ended with makan-makan at one local restaurant.

Cahaya and the gang meeting an old friend



~  Sinar

Sunday, December 16, 2012

Alhamdulillah ... I'm Here


Alhamdulillah, I finally arrived! Terima kasih, Ya Rabbi.






Yipppppeeeeee! Cuti, cuti, cutiiiiiiii....!! Ya Allah, mulakanlah segalanya dengan baik, dan akhirilah juga semuanya dengan baik, aamiin.


~   Sinar

Sunday, March 20, 2011

Bersih, kemas, bersih, kemas....Bersih!



Salam di hari Ahad yang indah! Bagi anak-anak yang baru meningkat remaja, gambar kartun Disney diatas tentu akan mengimbaskan filem animasi diminda mereka - Pocahontas, anak gadis kepada ketua kaum etnik Amerika yang bernama Powhatan. Filem yang ditayangkan pada tahun 1995, mungkin masa itu mereka ini masih kecil.

Yang sering saya jadikan contoh buat anak-anak saya disini adalah sifat baik yang dimiliki oleh Pocahontas - dia yang mencintai kedamaian, keindahan alam semula jadi yang mempunyai kehidupan dan kerohanian, kebersihan dan bumi yang tidak tercemar.

Terutamanya KEBERSIHAN. Kebersihan itu amalan kita semua. Rasulullah SAW sendiri bersabda bahawa “Kebersihan itu adalah sebahagian daripada iman”. Dan ia merupakan imej Islam. Saya dan Cahaya saya, melatih anak-anak kami untuk menjadikan kebersihan sebagai salah satu prinsip hidup yang penting.

Kebersihan yang lengkap merangkumi kebersihan diri dan kebersihan dalaman. Kebersihan luaran - badan, rambut, kaki, tangan, gigi, telinga dan semuanya hendaklah sentiasa bersih. Cuci tangan dengan sabun sebelum makan, berus gigi 3x sehari dan sebagainya. Kebersihan rumah termasuk tempat solat, kawasan rumah, longkang - semuanya kebersihan luaran. Kebersihan dalaman pula adalah bersifat kerohanian. Kebersihan hati dan jiwa agar sentiasa berpaksi kepada Islam, menurut perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW. Dengan kebersihan total ini, insya Allah maka aman damailah kehidupan kita dan baru kita mampu menuju kearah kemenangan hidup di dunia dan di akhirat.

Buat waktu ini, kami tidak mempunyai amah untuk membuat kerja-kerja rumah. Kalau dulu, semua bersih membersih, cuci mencuci dan kemas mengemas adalah kerja amah. Sekarang bila amah balik kenegerinya setelah tamat tempoh kontrak, kelam kabutlah juga jadinya apabila harus ‘mengambil alih’ tugas-tugas rumah…. Tapi jika direnung sedalamnya, ada banyak hikmahnya. Bila kerja-kerja memasak dan kerja-kerja rumah yang lainnya kita buat dengan tangan kita sendiri, kita dapat gerenti kebersihannya. Segalanya lebih teratur, lebih rapi dan malah lebih menjimatkan juga!

Alhamdulillah, sekarang hampir sebulan kami tidak beramah. Segala kerja rumah kami lakukan bersama. Sudah tentu saya sebagai ibu perlu memainkan banyak peranan, begitu juga si Cahaya sebagai ketua keluarga. Dialah segalanya bagi kami, dan memastikan segalanya cukup dan terjaga dengan elok untuk kami. Si Kaka, anak kami yang sulung pun banyak membantu dalam hal ini…. Dan kami sangat bahagia anak beranak. Syukur Alhamdulillah.

Friday, March 18, 2011

I say welcome back Sinar....!

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

I have decided to reopen my blog again. Good! It means I'll start writing again. Surely that's one way to relieve stress and reduce my boredom. Who says it's easy to be away from your loved one, especially in tough times? Rindulah yang menjadi teman setia. Mmmm mula dah sinoneng kepala ni...!

Apapun dia dalam kepala yang beserabut pada kala ini, yang penting aku sudah mula menulis lagi. Ya lah, pena benakku masih mampu bergerak. Bukannya main susah untuk memulakan sesuatu semula setelah sekian lamanya selesa ditinggalkan, walau peninggalan yang seketika. Sekejap jadi, sekejap tidak - itu sudah tentu. Aku rasa, bagus juga gerak-gerakkan minda ni semula. Apalagi dalam keadaan otak tengah kacau bilau gara-gara perkara yang bersangkut paut dengan 'ketidakadilan'. Lagipun buku-buku novel yang terbaru ku beli semua dah selesai dibaca - ha'ah... kisah Laksamana Sunan bersiri hasil sentuhan Ramli Awang Mursyid, penulis novel yang diminati. Cuma tinggal satu saja buku beliau yang terbaru, yang tak sempat aku baca - Rayyan Fantasi - buku ni hilang entah kemana, ataupun disambar helang kah itu? Wallahu'alam. Buku novel pun boleh orang main sambar-sambar ya, kesiannya....

Insya ALLAH. ALLAH gerakkanlah mindaku kearah penulisan yang baik-baik dan benar belaka. Biar dapat menjadi nukilan-nukilanku yang berharga untuk tatapan puteri-puteriku dan putera, sebagai pedoman dimana jua berada dan bila-bila masa. And of course buat sang Cahaya ku yang sentiasa di hati, tak pernah jauh di mata....

Nite-nite to all my teddy bears, and....father bear *wink*